Muzik..
Mencerminkan aku..
Aspirasi aku untuk melontarkan idea..
Idea apa?
Apa-apa sahaja..
Yang melambangkan aku..
Pemikiran aku, kritisan aku
Dan ke’sensitiviti’an aku..
Memerangkap aku
Untuk menulis kepada kamu.
Aku rindu muzik..
Hanya itu tujuanku..
Tanpa kamu, mungkin aku masih dapat bertahan..
Namun, tanpa muzik,
Aku mati!
Umpama jasad tanpa bayang..
Cintaku terhadap muzik mendalam..
Sedalam cintaku pada dia..
Selalu aku mendambakannya..
Selalu juga aku memeluknya..
Tapi tak ada..
Tak wujud dia..
Yang ada adalah angin menipu..
Setan kau angin!
Aku akan tetap mencari dia..
Masuk ke dalam jiwa..
Ada..
Ada jumpa..
Cinta aku, mati aku..
Hanya dia yang tahu..
Apa yang aku temu.
Yang pasti..
Kali ini.. angin tak bisa berbohong!!